:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Friday, September 29, 2006

terawikh di masjid

Selamat menyambut Ramadhan…

Nabhan baru setahun sepuluh bulan, masih terlalu awal untuk mengerti hakikat berpuasa. Ummi bawa Nabhan dan K Sya ke masjid untuk berterawikh. Dalam kereta ummi pesan pada Nabhan, nanti Nabhan baik-baik di masjid, solat sama ummi. Nabhan diam atas carseat.

Di masjid Nabhan ikut sahaja umi masuk saf. Berdiri sambil peluk tubuh. Kopiah abah atas kepala. Bila jemaah rukuk dan sujud Nabhan tunduk dan sujud. Kopiah abah jatuh. Nabhan terkial2 menjaga kopiah supaya tak jatuh. Akhirnya Nabhan berdiri sahaja sambil peluk tubuh, agaknya supaya kopiah tak jatuh lagi.

Semasa terawikh, Nabhan berdiri sebelah kanan umi, Ummi simpan kopiah sebab mengganggu Nabhan hendak solat. Nabhan berdiri sambil peluk tubuh. Kekadang dia pusing2 badan memerhatikan budak2 lain yang berlari dan bermain2. Dia tak kenal mereka. Nabhan setia solat di sisi ummi. Jemaah rukuk. Nabhan sujud. Jemaah bediri. Nabhan bangun. Jemaah sujud, Nabhan sujud. Jemaah duduk antara dua sujud. Nabhan berdiri. Tapi tinggi Nabhan berdiri sama sahaja dengan ummi duduk.

Ada budak perempuan Nigeria kacau ibunya solat sebelah kiri umi. Nabhan kuis2 tangan suruh budak tu beredar. Jangan kacau ibu solat. Budak itu jalan2 hingga ke hijab yang membahagikan antara muslimin dengan muslimat. Nabhan kuis2 tangan lagi panggil budak tu supaya tak pergi main jauh. Tapi Nabhan masih berdiri, solat sama umi.

Budak perempuan itu datang dekat Nabhan. Dia belek-belek muka Nabhan. Nabhan diam. Terus berdiri sambil peluk tubuh. Agaknya budak perempuan itu hairan tengok Nabhan yang berkulit cerah.

Habis rakaat ke 4. Umi ajar Nabhan duduk tahyat awal. Nabhan boleh buat.

Takbiratul ihram. Umi pejam mata mencari khusyuk. Bila buka mata, Nabhan dah tiada di sisi. Wah, akhirnya Nabhan tergoda dengan bebudak lain yang berlarian bermain. Dia dah ke sebelah. Mungkin pergi cari budak perempuan tu supaya tak main jauh2 dari ibunya. Tapi Nabhan tak main dengan budak perempuan itu. Nabhan kejar2 dengan abang budak perempuan itu. Dia seolah2 tahu mana lelaki mana perempuan.

Habis 8 rakaat. Kami beredar. Budak perempuan itu dan abangnya datang dekat Nabhan. Nabhan senyum2 pada budak lelaki itu, seolah2 berkata, lain kali kita main lagi yek. Tapi Nabhan buat derk aje bila budka perempuan tu macam nak pegang dia.

Alhamdulillah. Semoga Nabhan mampu memelihara dirinya dan pergaulannya antara lelaki dan perempuan pada masa2 akan datang.Insya Allah. ..

Ya Allah, jadikanlah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah, penyejuk mata penawar hati, bekalan kami ke akhiratMu Ya Allah…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home