:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Tuesday, December 12, 2006

Ibu suka berkemban - anak suka telanjang?

Saya teringat anak kepada seorang kenalan. Dia adalah anak ketiga, lelaki. Semasa saya ke rumahnya, anak kecil ini (ketika itu berusia hampir 2 tahun) gemar membuka baju dan telanjang bulat. Bukan sekadar dia buka baju dan seluar, malah sehingga membuka pampers juga. Saya terfikir mungkin kerana rumah dia agak panas. Maklumlah di Malaysia, tengah bandar pula.

Kini, saya terfikir kembali, mungkinkah ada kaitan dengan tabiat ibunya ketika mengandung. Semasa mengandungkan anak ketiga tersebut, ibunya selalu kepanasan dan berkemban dalam rumah. Tak pe lah sebab hanya suami dia dan saya serta anak2nya yang masih kecil di rumah. Jadi tidak timbul isu membuka aurat kepada ajnabi di situ. Saya pernah ke rumahnya ketika itu, tapi saya masih mampu bertudung dan menutup aurat.

Saya terfikir, adakah kerana kebiasaan ibunya berkemban ketika mengandung itu menyebabkan anaknya itu suka telanjang ketika kecil. Bak kata orang tua2, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Semoga peristiwa ini menjadi iktibar kepada saya dan sahabat2 dalam menjaga diri dan kelakuan terutamanya ketika mengandung.

Wallahu a’lam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home