Hanan tolong ummi masak
Saya masak sup ayam. Hanan menangis2 berpaut di kaki saya. Nak saya dukung dia. Sesekali geram juga, sebab nak masak cepat2. Tapi teringat kata2 Ust Hasrizal masa PUISI dulu, kadang2 kita underestimate anak2 kita tanpa kita memahami apa sebenarnya yang dia mahu. Banyak keadaan, dia sebenarnya nak bantu kita.Lalu saya ambil papan pemotong yang saya gunakan untuk mengopek kentang dan bawang putih, letak atas lantai supaya Hanan boleh tengok saya buat kerja. Betul, dia diam. Rupanya tangisan dia tadi, seolah2 berbunyi, "Ummi, Hanan nak belajar masak. Hanan nak tengok umi buat apa.." Tentu sahaja sebagai anak kecil, semua benda kelihatan tinggi kepadanya, dan dia tak nampak apa yang saya sedang buat.
Ketika saya kupas kentang, dia ambil kentang dan bercakap2 dengan bahasa dia. Saya jawab, "kentang". Dia sebut sesuatu kedengaran seperti "bi". Saya kata "betul, Ubi". Dia sebut lagi, "tata". Saya kata, "Betul, potato". Saya ulang2, "ubi kentang, potato, batatah". Supaya dia biasa dengan perkataan2 itu. Hanan gembira, dia cuba masukkan kentang itu ke dalam mulut, saya tegah, "kotor. Tak nak masuk mulut." Hanan faham, dia tarik semula kentang. Kemudian dia cuba masukkan balik. Saya tegah lagi. Maknanya, dia cuba memahami signal yang saya berikan, dengan cuba untuk makan berkali2 dan cuba memahami arahan yang saya berikan.
Hanan capai kulit kentang dalam bekas. "Kulit," kata saya. Dia cuba ikut. Dia cuba masukkan kulit kentang ke mulut sambil matanya memerhati reaksi saya, dan saya tegah lagi. Dia ulang beberapa kali.
Saya kupas bawang putih pula. Dia cuba pegang. Yang menariknya dia memerhatikan saya kopek bawang putih. Dia ambil sebiji, dan dia kopek sampai bersih!
Kesimpulannya, anak2 kecil boleh didedahkan dengan kerja buat orang dewasa. Mereka suka mencuba. Memberikan mereka peluang untuk mencuba akan menambahkan keyakinan diri kepada mereka. Kalau Hanan yang setahun 2 bulan dah boleh tolong umi kopek bawang putih untuk masak sup, tentu kerja2 lain boleh didedahkan juga. Cuma, kita boleh dedahkan, tapi tidak boleh expect untuk mereka buat dengan sempurna. Kang over expectation, bahaya juga.
Hanan tolong umi kopek bawang putih.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home