lagu tiga kupang - sindiran kepada kolonialis?
Dulu2 masa kecil2 dengar lagu tiga kupang,Masa tu nyanyi saja, tak paham pun kenapa lagu tu jadi gitu.
Saya sangka, memang saja aje lagu tu gitu, ada beberapa elemen yang tak logik.
Cth, burung dah masak (dalam kuali/ atau dalam pie) tapi masih boleh nyanyi.
Bila besar jumpa lagu ni dalam bahasa inggeris, rupanya ia translate dari bahasa inggeris? Atau translate dari melayu ke english? Mungkin anak2 orang British dulu belajar dari orang melayu masa diorang menjajah tanah melayu?
Atau apa mesej yang nak disampaikan dari lagu ini sebenarnya?
Apakah 24 burung hitam yang dimasak dalam pie itu sebenarnya? adakah itu menggambarkan raja yang zalim? 24 burung hitam itu adakah manusia yang jadi korban? Kerana raja digambarkan asyik mengira wang di biliknya , sebagai gambaran ketamakan raja terhadap harta?
Saya rasa mesej yang nak disampaikan oleh pencipta lagu ini sangat dalam. mungkinkan orang melayu yang cipta lagu ini dan diajar kepada anak2 orang british yang datang menjajah Tanah Melayu dulu cuba menyampaikan mesej secara sindiran tentang kezaliman ayah mereka yang datang ke tanah melayu dan mengorbankan orang melayu, dan mengaut kekayaan tanah melayu? Dan hingga hari ini lagu ini mereka nyanyikan, sedangkan mereka tak sedar bahawa lagu ini tersleit mesej tentang sikap colonialis mereka dahulu?
Wallahu a'lam.
SING A SONG OF SIXPENCE
Sing a song of sixpence,
A pocket full of rye;
Four-and-twenty blackbirds
Baked in a pie!
When the pie was opened
The birds began to sing;
Was not that a dainty dish
To set before the king?
The king was in his counting-house,
Counting out his money;
The queen was in the parlor,
Eating bread and honey.
The maid was in the garden,
Hanging out the clothes;
When down came a blackbird
And snapped off her nose.
Lagu tiga kupang.
Saku penuh padi.
5 burung hitam
masuk dalam kuali.
Bila sudah masak,
Burung nyanyi saja
Tentu enak rasa
hidang pada raja.
Raja dalam rumah
Buat kira2
Suri dalam dapur
makan roti gula,
Dayang tepi kolam
duduk jemur tepung
Datang burung hitam
patuk batang hidung.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home