:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Friday, August 24, 2007

Nabhan and Nuha

Dalam banyak2 baby Dundee tahun 2004, Nabhan adalah yang terakhir lahir, dan dia tak sempat masuk buletin KMD pun sebab saya sakit nak bersalin lepas hantar manusrip Buletin KMD ke kedai untuk dicetak. Jadi, gambar dia tak sempat masuk.

Suatu masa, waktu tu Nabhan belum boleh berjalan, hanya merangkak. Nuha geram sangat kat Nabhan dan suka gigit, sebab kira mcm baby la. Pantang jumpa, dia akan gigit Nabhan. Sebagai ibu, saya mengerti, budak2.. biasalah, belum mengerti. Dalam hati saya, saya yakin, mereka berdua ni, walaupun masa kecil pantang jumpa, kena buli, sampai Nabhan fobia tgk Nuha, Insya Allah bila besar mereka akan berkawan baik. Entah2 jadi menantu, hehe.

Semalam, Nuha datang rumah dengan K Imah. Bila K Imah balik, Nabhan menangis2 nak ikut. K Imah bawa Nabhan sekejap ke Tesco, kebetulan nak beli barang. K Imah, kata comel aje mereka bercerita dalam kereta dengan vocab yang masih belum sempurna. Balik, K Imah hantar. Bila K imah nak beredar, Nabhan menangis nak ikut, Nuha pula menangis nak tinggal, nak main dengan Nabhan. Lagi pula Nuha nak main dengan Hanan. Nuha suka baby. Hehe, ciri-ciri menantu yang baik. Saya terpaksa tarik Nabhan masuk dalam rumah, dukung dia, dan pujuk dia sambil nasyidkan selawat kegemarannya. Dia tertidur.

Bila bangun, Nabhan menangis, "Nak likut, nak likut". Saya rasa , mungkin Nabhan mimpi main dengan Nuha tadi. :)

Cerita K Imah pula, Nuha tak nak balik hingga cakar2 muka K Imah, hingga berdarah, sikit aje lah. Huhu, sadis betul nak berpisah. Sampai rumah Nuha masih sebut2 lagi Hanan. Dia tak sebut Nabhanlah. OK la tu.

Insya Allah Khamis depan K Imah boleh la bawa Nuha lagi main2 dengan Nabhan insya Allah. Boleh baca buku sama2 atau mengaji AlQuran..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home