Nabhan belajar mengaji Al-Quran
Dulu masa setahun lebih, Nabhan dah berminat dengan al-Quran, dia kenal antara huruf arab, dengan huruf rumi. Yang menyebabkan saya perasan, bila dia buka kamus arab-inggeris dan menunjuk tulisan arab dengan membunyikan nada seolah2 orang mengaji. “nunu..nu..nu….”. Tapi apabila dia membuka buku English, dia akan baca sebiji2 seolah membilang huruf, A, B, C gitu.Saya perasan, kenapa kanak2, hatta yang pelat pun, bila nursery rhyme diorang boleh ikut (dengan bahasa pelat la) tapi Al-Quran tak boleh, sedangkan Al-Quran juga rhyming di belakang, seperti surah al-Nas, Al-Falaq, al-Ikhlas. Bukankah ia menyerupai konsep nursery rhyme? Nabhan boleh menyanyi twinkle2 litle star. Dengan nada la. Sebutannya belum jelas. Justeru, saya ajar dia surah Al-Nas. Mula2 dia tak nak ikut, sebab susah dan panjang. Kemudian, saya suruh dia sebut an-nas sahaja. Dia ikut.
Bila saya mengaji surah tersebut, dia menyambung di belakang dengan ‘annaas’. Dia nampak seronok. Dan saya hargai dia dengan pujian dan ciuman sayang.
Setelah saya agak busy, siang saya ke uni untuk study dan masa bersama dia hanya malam, dia makin kurang berinteraksi dengan Al-Quran. Teringat pesan Dr Lo’lo’. Kita sibuk, justeru, masa sekejap kita bersama anak2 perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Kalau mengaji, atau membaca doa, baca kuat2, secara tak langsung ia menjadi didikan kepada anak2.
Nabhan menukar jadual tidurnya. Siang dia main. Petang dekat maghrib tidur. Kemudian malam 3.30 dia akan berjaga hingga pagi. Jadi nak tak nak saya atau abang pun kena berjaga juga melayaninya. Dia akan kejutkan kami bangun tidur. “Ammon..”(come on) katanya. So, saya memanfaatkan masa ini untuk solat sunat dan mengaji.
Tapi Nabhan selalu mengambil Al-quran dari tangan saya. Ingatkan dia nak baca. Tapi dia tutup Quran tu dan simpan. Bila saya ambil balik, dia ambil dan campak. Hati saya terkedu. Nabhan dah berubah. Tapi kita tak tahu apa yang ada di hatinya. Mungkin dia nak kan perhatian. Kalau saya mengaji, tentu saya tidak akan memberikan perhatian kepadanya.
Oleh kerana jika diajak mengaji bersama pun Nabhan dah tak nak sekarang, saya berbincang dengan abang. Lepas solat Isyak atau Subuh, kami akan bertadarus dalam 5 minit dengan disaksikan oleh Nabhan. Dapat satu maqra’ pun jadi lah. Mungkin bila umi dan abah buat, dia akan buat sama.
Hari pertama, dia berlegar2 sahaja di sekitar kami. Sesekali bercakap2 menarik perhatian. Sesekali memegang Quran dan cuba mengambilnya. Saya pegang jari Nabhan dan gunakan sebagai penunjuk Al-Quran. Dia menurut.
Hari keduapun serupa. Hari ketiga, dia makin jinak. Habis kami tadarus, saya bagi turn Nabhan untuk mengaji. Surah al-Naas. Saya baca dan dia ikut di belakang dengan sebutan ‘An-Naas’. Dia kelihatan sungguh girang sebab dapat bertadarus bersama umi dan abah. Maknanya mengaji ni bukan orang besar macam umi dan abah aje yang boleh buat. Nabhan pun boleh juga. Saya cakap. “Wa… Nabhan pandai ngaji. Esok kita ngaji lagi ye.” Dia mengangguk sambil tersengih comel. Saya harap Nabhan akan semakin jinak dengan Al-Quran.
---------
Siang ini (130107), ketika kami solat Asar, Nabhan ke hulu ke hilir mengambil rehal dan al-Quran mufradat kecil yang berzip. Letak atas rehal. Kemudian tutup dan simpan semula. Lepas kami solat, Nabhan datang kepada saya dan menghulurkan al-Quran, saya carikan surah al-Nas untuk mengaji bersamanya. Nabhan membaca seperti sebelumnya. Malah dia minta diulang2 lagi. Beberapa kali.
Alhamdulillah, insya Allah nanti saya akan ajar dia surah lain pula.
---------
Pagi tadi (140107) lepas solat subuh, belum sempat kami baca ma’thurat dan berdoa. Nabhan dah ambilkan 2 al-Quran untuk umi dan abah mengaji. Maknanya dia dah boleh ingat rutin tersebut. Selepas saya dan abang habiskan satu maqra’, giliran Nabhan menbaca surah Al-Nas. Dia cuba menyebut2 sikit2 ayat tersebut sebelum dengan kuat menyebut “annaaas”. Nabhan sungguh gembira dapat mengaji bersama umi dan abah. Seperti biasa kami hadiahkan dia ‘big hug’.


2 Comments:
Ok tu, alhamdulillah.
raed skrg ni pon baru belajar set al-furqan.tapi lebih elok practice masa kita mengaji kan.Mcm solat juga.
Mereka suka copy kan :-)
Post a Comment
<< Home