:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Sunday, January 14, 2007

Translator BM-BI

Bila kami sebut perkataan bahasa melayu kepada Nabhan, dia boleh faham, kengkadang perkataan2 yang kompleks pun dia boleh faham, tapi untuk menyebutnya ada yang dia dah boleh sebut kat hujung2, ada yang dia sebut perkataan tersebut dalam English.

Cthnya, saya tunjuk gambar kuda kat buku. “Kuda,”kata saya. “Hos (horse)” sahut Nabhan.

Pagi tadi, seperti biasa pukul 3 pagi, Nabhan bangkit, sungguh cergas dan riang budak yang cukup tidur ini. Saya tanya dia, Nabhan lapar? Dia angguk dan pegang perut sambil sebut “unggi”. Rupanya “Hungry” ikut loghat Scottish. Nabhan tiru gaja Sara Jane yang kelaparan selepas main hide and seek dengan Justin dalam Higledy House. Geli hati kami melihatnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home