:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Wednesday, July 30, 2008

motivasi - nyatakan

Kengkadang kita perlukan sokongan orang di sekeliling kita untuk menjadi kuat. Allah menciptakan kita memang memerlukan antara satu sama lain. Allah tidak suruh kita bertuhankan manusia, tapi Allah suruh kita simbiosis, saling lengkap melengkapi.
Suatu hari, saya masak mee kari. Tetiba sahaja teringin nak makan mee kari, sementara abang ambil budak2, saya letak periuk atas dapur dan mula masak kuah kari. Dan rebus spageti. Dalam masa sejam setengah mee kari siap. Saya surprise jugak dapat masak mee kari dalam masa yang singkat. Simple aje lah, tak de sawi, tapi ada tauge dan telur rebus.
Kami makan me kari sebagai hidangan makan malam bersama. Saya, abang, Nabhan dan Hanan.
Saya tanya abang, sedap tak, "OK," katanya. "Berapa bintang?" Tanya saya lagi. Abang tanya Nabhan, "berapa nak bagi ummi bintang?" Nabhan tengok atas sambil fikir, ”Hmm... Five , ” katanya sambil menunjukkan kelima2 jarinya. Saya gembira, Nabhan suka mee kari yang saya buat. Bagi 5 bintang lagi.

Kalian mungkin rasa ntah apa2 yang saya tulis, tapi itulah perasaan seorang ibu. Kepuasan bila dapat menggembirakan si anak.

Ada lagi, Nabhan suka cakap pada saya. "Ummi, Nabhan sa..yang sangat kat ummi."
Atau "Ummi, Nabhan suka ummi masak ni. Nabhan su...ka sangat."
Sama ada Nabhan dengan niat atau tidak, tapi bagi saya dia ikhlas dengan kata2nya terhadap saya. Kalam itu mungkin biasa sahaja. Tapi bila diutarakan pada tempatnya, bisa membuat kita sangat bermotivasi. Terima kasih Nabhan, terima kasih Hanan, buah hati ummi dan abah.

Minggu lepas tengok akademi nasyid kat internet. Juri bagi komen kepada seorang penasyid. ”Fulan, saya suka persembahan awak”. Ia simple. Tapi sebenarnya boleh menaikkan motivasi pelajar.

Saya terkenang Nabhan yang suka kata begitu kepada saya. Dengan memek mukanya sekali. Alhamdulillah, Allah kurniakan ilhamnya kepada si comel Nabhan untuk inspirasi ummi.
Hanan belum boleh bercakap, tapi dah pandai tunjuk reaksi dengan senyumannya yang manis.
Syukur kepadaMu Ya Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home