MENJELANG ERA BARU
DUESaya due baby kedua 31/3/2007
Scan yang lepas Dr menjangkakan baby girl.
PREPARATION
Semalam satu hari saya mengemas rumah dan keluarkan balik pakaian Nabhan yang lama yang masih sesuai dipakai oleh baby baru. Saya susun dalam bekas plastic yang abang beli krismas lepas.
Setelah check2 barang yang ada, saya rasa tak perlu berbelanja banyak untu persiapan baby kali ini. Banyak yang dah ada.
Alhamdulillah, dalam situasi kesempitan wang sekarang, alhamdulillah dipermudahkan dengan barang2 baby banyak yang dah lengkap. Tak apalah, baby baru, tak semestinya semua mesti baru, yang masih elok Nabhan punya dulu boleh jadi warisan, tak perlu pembaziran.
Buaian Nabhan (dia masih guna sekarang) telah saya minta izinnya untuk gunakan bila baby dah keluar. Nabhan angguk. Saya rasa dia faham.
TASNEEM
Semalam tengok anak K Nashitah. Nabhan sungguh excited nak riba baby. Dia ulit Tasneem, syu syu syu… Tangan kiri pangku kepala, tangan kanan tepuk peha. Dia sungguh seronok. Tasneem pun diam aje duk atas riba Nabhan. Bila Tasneem mula merengek, saya angkat Tasneem, tapi Nabhan masih mahu riba lagi.
BAKAL ABANG
Alhamdulillah, Nabhan dah boleh harap hantar cawan, mangkuk ke dapur selepas makan. Saya harap, selepas baby lahir nanti Nabhan juga boleh diharap membantu menjaga baby yang ringan2. Seperti ambilkan barang baby yang ringan2 ke, dll. Mengikut kemampuan dia la.
DVD RECORDER
Alhamdulillah saya juga dah beli DVD recorder. Niatnya nak record rancangan kanak2 yang berfaedah kat sini untuk dihadiahkan kepada sedara mara dan kawan2 kat Malaysia yang ada anak2 yang kecil. Channel Cbeebies bagi saya baik untuk penguasaan Bahasa Inggeris. Sambil tu Nabhan juga boleh tgk VCD nasyid2 yang saya beli aritu in stead of berebut PC dengan abah dia. Nabhan dah pandai operate dvd player tersebut. Dia dah pandai masukkan VCD dan play. Tekan butang2 yang sepatutnya. Saya ajar dia pegang cd dengan betul, jari telunjuk masuk kat lubang tengah dan ibu jari pegang tepi supaya tak sentuh permukaan CD. Dia akur.
Minat pula dia dengan cerita rakyat Bawang putih bawang merah versi Indon.
Bapak.. bapak..., katanya mengajuk cakap bawang putih dan bawang merah..


0 Comments:
Post a Comment
<< Home