Selamat jalan Acik Anas, Hanan cukur kepala
Hari ini, Jumaat. Acik Anas akan bertolak balik ke Malaysia. Pagi saya bawa Anas dan abah jalan2 ke Al-Maktoum. Lecturer menyambut mereka dengan mesra.Anas bertolak tengahari dengan teksi. Call sahaja 01382 505050, sekejap kemudian teksi menunggu di hadapan rumah. Anas berangkat meninggalkan kami. Tiba2 rumah terasa hening kehilangan. Singkat sungguh ziarah Anas ke rumah kami. Mak tentu terasa juga. Abang cadangkan Anas tinggal lebih lama.
Nabhan menangis tatkala teksi bergerak membawa Anas ke stesen bas.
Zohor, mak cukur kepala Hanan. Ambil sunat hari Jumaat. Hanan diam sahaja bila mak cukur kepala dia dengan hair clipper. Bila mak tiarapkan dia, dia masih diam, sehingga dia lenguh baru dia bunyi2.
Rambut lebat Hanan dah masuk bekas. Tinggal rambut tipis sahaja atas kepala. Alhamdulillah.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home