nabhan susun kasut
Anak2 perlu diberi peluang mencuba sendiri apa yang dia nak buat. Mainan tak semestinya mahal2. Perkara2 sekitar rumah boleh membantu mereka merangsang daya kreativiti mereka dan melatih kemahiran.Anak2 juga suka meniru apa yang ibu bapa buat. Lebih2 lagi anak sulung. Sebab dia belum ada adik beradik lain untuk ditiru. Justeru kelakuan ibu bapa haruslah dijaga kerana pembentukan akhlak yang baik pada anak sulung akan mempengaruhi pembentukan anak2 lain seterusnya. Sebab anak2 yang kedua dan seterusnya ada orang yang lebih mendekati usia mereka untuk dicontohi iaitu abang dan kakak mereka.
Semasa bermalam di bilik tetamu Universiti Sains Malaysia, Nabhan mencuba skill menyusun kasut pada rak yang disediakan. Seperti biasa, kami memberikan sokongan kepadanya.
Jika diperhatikan, anak2 sebenarnya dah punya daya pemikiran dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dilihatnya. Ini dapat dilihat apabila Nabhan mendapati kasut abahnya tidak sama tinggi, dan tak dapat masuk dengan elok apabila disusun atas rak tersebut, lalu dia mencari jalan, supaya kasut2 tersebut dapat masuk dengan baik. Nampak juga, dia rasa bererti apabila orang sekitarnya memberikan sokongan kepada apa yang dibuat. Dia cuba buat yang terbaik, bukan setakat meletakkan sahaja kasut itu di atas rak tersebut.
Bayangkan kalau suara2 yang didengarnya di tepinya adalah suara2 yang menjatuhkannya, seperti, 'alah.. senget', 'huh, bukannya pandai', dan sebagainya. Sudah tentu dia hilang keyakinan diri untuk terus mencuba.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home