:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Tuesday, July 17, 2007

Hisap jari

Hanan sejak kecil, saya terpaksa bagi soother, sebab dia selalu minta susu walaupun dah kenyang. Kemudian, muntah. Dia dah pandai sokong soother dia dengan tangan Sekarang dia dah pandai hisap jari. Susah sangat nak pegang puting, masuk jari lagi senang. Malam ni, 2 pagi, saya sedang buat kerja depan komputer. Dengar bunyi, chup chup chup. Rupanya Hanan sedang hisap jari sambil tidur. Matanya pejam. Comel aje, macam baby simpson. :).

Perkembangan teknik memasukkan jari ke mulut.
Dulu, apa sahaja yang sampai ke mulut dia akan masukkan, jari ke, kepal ke. Kanan atau kiri, ikut mana yang sampai.
Kemudian, dia dah pandai sokong sebelah tangan dengan sebelah tangan yang lain untuk sampai ke mulut.
Kemudian, dia suap kepal (penumbuk) ke dalam mulut dan hisap. Macam makan aiskrim besar aje. :).

Kemudian, bila dia nak masukkan jari ke mulutnya, dia akan buka semua jari dan satukan 2 tangannya, tangan kanan sokong tangan kiri ke mulut. Buka jari supaya ibu jari boleh masuk ke mulut. Rather than masuk penumbuk. Tapi dia masukkan jari kiri. Saya cua tukar, ganti dengan tangan kanan. Dia hisap sekejap. Kemudian terlucut. Macam lagi selesa tangan kiri.

Tiga orang anak kawan saya yang lain pun hisap ibu jari tangan kiri. Saya tidak tahu mengapa. Adakah kebanyakan kanak2 yang hisap jari memang memilih jari kiri? Adakah lebih senang begitu sebab nanti nak buat kerja dengan tangan kanan, maka hisap jari dengan tangan kiri tidak akan mengganggu? Ntahlah. Kawan saya, bapa kepada seorang anak perempuan, mengatakan pakar psikologi mengatakan, jangan ditahan mereka menghisap jari sebab akan membantutkan daya pengembangan mereka. Sebab semasa mereka menghisap jari, mereka sedang develop. Takat itu sahaja yang saya faham. Mungkin kena survey lagi, pasal development anak2 ini.



Artikel tentang hisap jari.


1. Thumb or Finger Sucking For Nonnutrition Purposes:
2. Is thumb-sucking normal?
Why do babies suck their thumbs?
Does thumb sucking cause any problems?
At what point does thumb sucking become a problem?
How is problem thumb sucking treated?
What to do with thumb sucking habits?
Read here: Habit Disorders: Thumb sucking

0 Comments:

Post a Comment

<< Home