:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

Monday, August 18, 2008

melatih anak2 buat kerja

Hanan dah boleh tolong ummi buat kerja rumah sikit2. Kanak2 pada usia setahun ke atas memang suka mencuba, mereka ingin mencuba buat apa sahaja yang orang dewasa buat.

Pada saya adalah penting memberi ruang dan peluang kanak2 mencuba melakukannya. Contohnya, Hanan cuba vacuum lantai. Nabhan juga bila lihat Hanan cuba, dia nak cuba juga. Masa dia seusia Hanan dia cuba sorang2 , tapi sekarang mereka berdua berebut2 nak tolong ummi vacuum. Lepas Hanan vacum ruang tamu, saya beri Nabhan, sikecil 3 tahun setengah, vacum hall way. Guess what? Bersih 80%. Tinggal saya cover sikit2 lagi. Itu satu pencapaian yang bagus.

Kekadang sebagai ibu bapa, kita melarang anak2 buat apa yang dia nak buat, contohnya main2 dengan vacuum, sebab membazir elektrik. Sudah tentu, sebab mereka menggunakan elektrik tanpa hasil yang memuaskan. Pada saya ia adalah harga yang perlu kita bayar untuk pendidikan anak2. Kita sebenarnya tak perlu belikan permainan yang mahal2, kerana mereka lebih tertarik untuk menggunakan alat betul dari permainan yang olok2.

Seperti Laptop saya yang dah rongak keynya 3 mata, harga yang perlu saya bayyar untuk Nabhan pandai gunakan sebuah computer, sekarang dia dah boleh gunakan enter, spacebar, arrow, escape, dll.

Berbalik, kepada Hanan menolong umi, lepas makan malam dia akan tolong umi bawa pinggan2 ke dapur. Saya bawa sebahagian, kalau ada yang tertinggal kat ruang tamu, dia akan ambil dan bawa ke dapur, kengkadang tanpa disuruh pun dia ambil sendiri, bawakan mangkuk yang dia makan ke dapur.

Cuma kena awas juga, sebab Hanan juga pandai buang sampah ke dalam tong sampah, dan pernah kami gunakan mangkuk polisterin yang selepas digunakan kita buang ke dalam tong sampah. Hanan nampak itu. Dan suatu hari, ketika nak buang sampah ke dalam tong di bawah, saya lihat ada satu cawan porcelain dalam tong sampah. Saya ingatkan saya yang terbuang tanpa sengaja. Sehingga suatu hari, saya minta Hanan bawakan cawan ke dapur. Saya ikut dari belakang nak tengok dia nak taruk kat mana. Guess what , dia taruk dalam tong sampah. Alahai... sayang.

Jadi saya bagi tahu dia cawan ni taruk atas meja kecil tepi sinki. Saya cakap sambil tunjukkan dengan perbuatan. Dengan cara itu saya rasa Hanan, sikecil setahun setengah itu boleh faham.

Nabhan tolong umi juga, dia bawa cawan ke dapur dan taruk dalam sinki, tapi oleh kerana dia rendah, dia lepaskan aje cawan tu ke dalam sinki. Dari 3 cawan yang dibawanya, 1 telah pecah. Harga yang perlu dibayar. :)

Saya rasa ia adalah berkait dengan membina confidence dalam diri anak2 untuk melakukan apa yang orang dewasa buat. Bila kita memberi mereka peluang, mereka mencuba dan bila mereka boleh lakukan, mereka akan rasa gembira dan keyakinan akan meningkat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home